Friday, April 13, 2012

Kek Cawan Coklat Kukus



Bahan-bahan untuk resepi kek cawan coklat kukus :

Bahan A

150 gm minyak masak
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

Bahan B

50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C

3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang

Hiasan Kek

1 bar coklat masakan atau aising kek
Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat



Contoh gambar kek cawan coklat kukus tanpa hiasan

Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :

1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara perlahan-lahan hingga gula hancur.  Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.

2. Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.

4. Biarkan adunan selama 20 minit.

5. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira dalam 20 minit.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.

6. Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan aising kek diatas kek cawan.

7. Letakkan hiasan seperti cip coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

Selamat mencuba Resepi Kek Cawan Coklat Kukus Cara Mudah. Good luck!

credit to :: kek cawan kukus

Kek Coklat Kukus



Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

credit to :: kek coklat kukus

Thursday, April 12, 2012

Kueh Lompat Tikam



Kueh lompat tikam ni sgt popular kat kelantan. My mom selalu jugak buat benda ni dulu2. Kami adik beradik mmg suka mkn. Tp kueh ni mmg manis la. So lepas mkn sila minum air kosong byk2 ye. Jgn plak p minum air teh ke kopi ke..karang tak pasal2 dpt penyakit kencing manis...heheehh


Jom kita tgk apa yg kita perlukan utk buat kueh ni



Bahan-bahan (2-3 bekas)

A. Lapisan hijau

1 cawan tepung beras 
1 s/b tepung jagung 
3 cawan santan cair 
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau 
1 s/k air kapur 
secubit garam 

Cara-cara nak masak : 


1. Panaskan periuk kukusan dan sapu minyak pada loyang. 
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. 
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit. 
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat. 



B. Lapisan putih

1.5 cawan tepung beras 
1 s/b tepung jagung 
4 cawan santan pekat 
1 s/k garam 


Cara-cara nak masak : 

1. Campurkan semua bahan dan tapiskan. 
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api. 
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau. 
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan 
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah. 


C. Air gula melaka

1 cawan gula merah 
1 cawan gula biasa 
2 cawan air 
1 helai daun pandan [ koyakkan] 


Cara-cara nak masak :

1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih. 
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam. 


D. Pulut

1. Anggaran dlm 1 port atau 1 1/2 port beras pulut
2. Cuci bersih2 sama mcm kita cuci beras tu.
3. Campurkan dgn pewarna merah/rose.
4. Tanak sama mcm kita tanak nasi tu.
5. Tunggu sehingga benar2 masak

Cara hidangan :

1. Letak sedikit lapisan hijau dan pulut yg telah masak td ke dlm pinggan/mangkuk
2. Campurkan sedikit lapisan puteh td.
3. Akhir sekali campurkan air gula melaka.
4. Sedia utk di mkn :)

Selamat mencuba

Tips :
Pastikan lapisan hijau dan putih cukup masak dan pekat. Kalau tak masak nanti ada rasa tepung. Saya cadangkan juga supaya guna loyang atau bekas. Guna gelas ni cepat muak sebab lapisan putih dan hijau tebal sangat.

Bubur Chaca

Salam semua. Kali ni Yana nak share resepi bubur chacha ni plak... kalau org kelantan sebut bubur chacho..hehehe

Based on resepi kat bawah ni, boleh mkn utk 4 org. 




Bahan-bahan ( untuk 4 org )

3/4 cawan chacha ( direndam dan direbus terlebih dahulu)
2 cawan santan
sedikit nisang/gula melaka
gula (ikut citarasa)
secubit garam
sehelai daun pandan

Tambahan bahan-bahan

Sagu atau ubi keledek mengikut citarasa anda.
Sagu/ubi keledek perlu dibasuh dan direbus terlebih dahulu sebelum dicampurkan bersama bubur chacha.


:: Cara-cara ::

1. Masukkan chacha kedalam air mendidih rebus sehingga kembang.
2. Dalam periuk lain masukkan semua bahan kacau sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan chacha yang sudah direbus tadi.
4. Masukkan sagu atau ubi keledek.

Senang dan mudah je kan?

Selamat mencuba.

Puding Kukus Laici



Resepi Puding Kukus Laici

♥ Bahan2 ♥

Untuk Puding
1 tin susu cair
4 keping roti putih
4 biji telur
1 sudu makan gula pasir
Isi laici

Untuk Jelly
1 packet jelly nona perisa strawberry-brand lain pun boleh
400 ml air

♥ Cara2 nak sediakan ♥

1. Panaskan periuk kukusan
2. Pecahkan 4 biji telur
3. Masukkan susu cair ke dlm mangkuk, dan rendamkan roti ke dlm mangkuk bersama susu cair td. Kalau guna selain roti gardenia takut nanti xsedap atau keras. So dinasihatkan agar menggunakan roti gardenia je.
4. Masukkan roti yg dah direndam dgn susu cair td bersama telur dan sedikit gula ke dlm blender dan blend sehingga sebati.
5. Masukkan ke dlm loyang atau mangkuk kaca yg cantik2 then kukus sehingga masak.
6. Sejukkan dan biarkan seketika.
7. Setelah sejuk, taburkan laici. Nak letak buah lain pon boleh, tp nanti nama dah tukar la. Xdela jadi puding kukus laici :p hehhee
8. Teruskan dgn menyediakan agar2 plak. Yg ni senang je, ikut je arahan kat kotak tu.
9. Dah siap sediakan agar2 tu, tuangkan ke dlm loyang/mangkuk kaca yg dah siap dgn bahan kukusan td. 
10. Pastu simpan dlm peti sejuk sehingga btol2 sejuk. 
11. Dah sejuk boleh la mkn :)


credit to :: Puding Laili Kukus